top of page

SELAMAT DATANG KE KING ODEN

TENTANG SYARIKAT KING ODEN

Permulaan perencah King Oden ialah berasal daripada sebuah kiosk yang berniaga oden terletak bersebelahan dengan Universiti Malaysia Kelantan. Perencah King Oden mula dikenali sejak mendapat sambutan oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang amat menyukai kuah tomyam oden yang pekat dan sedap. Dari situ kami mula mengeluarkan produk perencah King Oden dengan bermodalkan hanya RM900.00 sahaja. Kos untuk membuat perencah oden ini tidak terlalu tinggi namun memerlukan kecekapan pekerja dan menjaga kebersihan semasa melakukan proses pembuatan bagi menjamin kualiti produk keluaran King Oden. Setakat ini, King Oden sudah memiliki 4 stokis di 3 buah negeri antaranya Johor, Pahang dan Kelantan. Manakala untuk ejen King Oden pula sebanyak 30 orang yang berada di seluruh Malaysia. Pada masa akan datang, kami menyasarkan produk King Oden ini akan menembusi ke pasaran luar negara.

bottom of page